Viral
Ibu Bunuh Bayi 6 Bulan Kerana Suami Kahwin Lain
Warga wilayah Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia 6 bulan.
Apa yang menyayat hati, bayi perempuan itu dipercayai dibunuh ibunya di rumah mereka pada jam 4 pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Lampung Timur, AKBP Benny Prasetya berkata, berdasarkan maklumat di tempat kejadian, ibu mangsa didakwa mengalami depresi akibat masalah rumah tangga.
Difahamkan, wanita terbabit mengalami tekanan kerana suaminya berkahwin lagi.
"Susulan daripada itu, dia bertindak menetak kepala bayinya dengan menggunakan parang sehingga meninggal dunia," ujarnya.
Tambah beliau, pelaku juga cuba membunuh diri dengan mengelar tangan sebelah kirinya serta minum racun semut.
"Ahli keluarga dan masyarakat sekitar lokasi tersebut mengetahui kejadian itu dan segera menghubungi polis serta pihak hospital yang terdekat," jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video