Hiburan
"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Bersyukur Masih Hidup
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelantun lagu Janji Manis Mu itu semasa satu sesi podcast Bukak Mulut yang dikendalikan oleh Affendy Jailani.
"Kalau ikut hukum akal, saya sudah lama jadi arwah. Saya pernah kena (sihir) berkali-berkali.
"Cuma pada saya, segala yang terjadi ini Allah mahu saya lebih dekat dengan-Nya.
"Satu lagi, perkara sebegini memberikan saya keyakinan, tiada kuasa yang lebih daripada kuasa Allah," ujar Aishah.
Bercerita lebih lanjut, penyanyi berusia 59 tahun itu menyatakan pengalaman-pengalaman mistik yang dilaluinya boleh diterbitkan sebagai buku sekiranya diceritakan secara terperinci.
"Saya boleh tulis buku cerita pasal pengalaman saya dan apa yang saya lalui. Saya pernah batuk tiga hari tak berhenti dek kerana santau," katanya.
undefined