Skip to main content

Budaya Popular

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

astro_gempak_aishah-sifatkan-jay-jay-senangi-ramai.png

“Saya dalam tingkatan 4 masa tu, and saya dapat naik ke atas pentas ketika itu semasa mereka buat persembahan,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Janji ManisMu itu lagi, anak kepada kakak Allahyarham juga adalah suami kepada anak saudaranya.

Sehubungan dengan itu, setiap kali berjumpa, Allahyarham akan menyapa Aisyah dengan panggilan sedara.

“Inspired me dan membuatkan saya minat muzik. Later on kami bertemu lagi di dalam persembahan...di situ kami dapat tahu yang anak kakak arwah adalah suami anak buah saya.

“Sekarang tinggal hanya kenangan. Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Tenanglah di sana,” coretnya.

Allahyarham Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Petaling Jaya sebentar tadi.

Allahyarham Jay Jay dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

Must-Watch Video

Advertisement