Hiburan
Imbau Detik Perkenalan Dengan Suami, Zarina Zainuddin Tetap Pegang Amanah Jaga Maruah Madu - “Mak Saya Tak Setuju Masa Itu Sebab…”
Berkongsi pengalaman hidup bermadu, pelakon Zarina Zainuddin mengakui dia pada mulanya menolak untu berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Ibu tak setuju
Menerusi temu bual di podcast bersama Sinar, Zarina atau nama Nur Zarina Mohd Zainuddin, turut mendedahkan ibunya juga tidak bersetuju mempunyai menantu lelaki yang sudah berkeluarga.
“Masa saya jumpa dengan suami, dia ajak kahwin tapi saya tolak sebab dia suami orang. Saya cakap saya tak nak kahwin dengan suami orang. Dia orang yang baik, dia cakap dekat saya ‘abang nak kahwin dengan Ina (nama panggilan Zarina) sebab abang nak orang hormat Ina.’
“Ayat tu buat saya betul-betul terkesan. Masa tu saya fikir juga macam mana ni, sebab dia suami orang. Mak saya tak setuju masa tu sebab dia suami orang,” kongsinya.
Solat istikharah
Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu mendapat pertunjuk selepas membuat solat istikharah akhirnya membawanya bertemu dengan madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
“Saya cakap, kalau betul abang ikhlas bawa saya jumpa kakak (isteri pertama). Keesokan harinya dia terus bawa jumpa. Masa tu saya jumpa anak-anak dia, masih kecil dan terfikir tak akan ‘aku nak ambil suami orang’.
“Masa tu hati saya pun berbolak-balik. Saya sebak sampai saya cakap, kalau ada lelaki lain yang baik, saya akan cari orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"
ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”
ARTIKEL BERKAITAN: Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM
“Lepas tu akak (madu) cakap tak boleh ke awak buat macam abang angkat. Dia ada tanya saya, ‘Kenapa pilih suami saya? Sebab dia ada rumah dan kereta besar ke?’.
“Kemudian saya cakap saya pernah jumpa orang yang lagi kaya, tapi saya tak pernah jumpa orang yang berjiwa besar dan sudi ambil saya jadi isteri. Suami saya betul-betul ikhlas.
“Lepas tiga hari tu, madu saya telefon mak saya beritahu yang dia setuju. Dia izinkan tapi dia minta saya jaga maruah dia, sebab dia pun ada keluarga. Sebab itulah, sampai sekarang saya pegang amanah tu. Saya faham, saya pun tumpang kasih sayang orang,” ujarnya.
Zarina menyifatkan madunya dan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar insan yang sangat baik dan banyak membantu termasuk memberi tunjuk ajar dalam menguruskan hal perniagaan.
#Zarina Zainuddin
#Madu
#Isteri Kedua
#Isteri Pertama
#Hidup bermadu
#Madu Zarina Zainuddin
#Suami Zarina Zainuddin