Viral
Ina Naim Menangis, Mimpi Suhaimi Saad 3 Hari Berturut - “Tak Boleh Tipu, Saya Sebenarnya…”
Pemergian penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad memberi kesan yang mendalam kepada balunya iaitu Ina Naim.
Mimpi arwah suami
Menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim memberitahu arwah Suhaimi hadir di dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.
“Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga. Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini’,” kongsinya.
Bagaimanapun ibu kepada empat cahaya mata itu dilihat tidak dapat menahan rasa sebak dan mengalirkan air mata ketika meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah suaminya itu.
“Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terkejut Ina Naim Beri Jawapan ‘Kasar’ Selepas Disoal Pekerjaan Suami – “Wow Dah Lain Sangat Ya”
ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim Sangkal Dakwaan Didera & Hidup Naif Ketika Bersama Arwah Suhaimi Saad, Anggap Tiada Peti Ais Bukan Isu Besar - “Yang Penting Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak melihat Ina yang terlalu merindukan arwah Suhaimi.
Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas anggota kumpulan Inteam itu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu.
@nizarwatie Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad ♬ original sound - Ladywatie | Affiliate
Must-Watch Video