Individu Persoal Tentang Kening, Abby Abadi Jawab - “Turun Temurun, Kita Pun Tahu Cukur Kening Tu Dilaknat”
Pelakon, Abby Abadi tampil menjawab dakwaan seorang individu yang menuduh dirinya mencukur kening hanya kerana kelihatan nipis.
Abby menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik video pendek beserta kapsyen lengkap dengan penjelasan mengenai perkara itu.
Menurut Abby, dia memiliki bentuk kening yang sama seperti ibunya sejak azali lagi.
Malah sebagai seorang muslim, dia juga tahu mengenai hukum mencukur kening dan tidak akan sesekali melanggar hukum agama.
“Hal kening ini kita dah jawab lama dah lama dah, memang itulah rupanya. Memang turun temurun dari mak kita.
“Ini tak buat apa ni, nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening kita ni?
“Kita pun tahu cukur kening tu dilaknat awak... Kita tak buat. Awak jangan risau okay. Doakan kita sama-sama berjaya,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mempertahankan Abby mengenai perkara itu.
BERITA TRENDING: Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”
BERITA TRENDING: Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”
BERITA TRENDING: Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima, Ini Respons Fazura
BERITA TRENDING: “Kita Tak Mahu Rakan-Rakan Bercerai” - Pekin Tak Kisah Dikecam, Posting Di Facebook Usaha Bantu Fattah & Fazura Baiki Hubungan
Kata mereka, bentuk kening Abby tidak pernah berubah sejak di awal kemunculan sebagai selebriti.
Berikut merupakan video penuh Abby:
undefined