Hiburan
“Ini Bukan Awie, Ini Husin” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Datuk Awie Menari Bersama Anak Perempuannya
Gelagat penyanyi Datuk Awie menari bersama dua anak perempuannya telah mencuri perhatian ramai di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan di platform tersebut, anak Datuk Awie, Aleeya Natasha, merakamkan aksi ayahnya yang merupakan penyanyi rock terkenal di Malaysia sedang menari dengan ekspresi wajah yang kelihatan terpaksa.
“Daddy, walaupun muka stress, badan tetap bergerak,” tulisnya dalam kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi penyanyi yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu.
BERITA BERKAITAN: Wings Bakal Adakan Konsert Jelajah Di 49 Penjara, Awie Luah Hasrat Mahu Bertemu Yasin - “Saya Doakan Dia Tabah Dengan Apa Yang Berlaku”
BERITA BERKAITAN: Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"
BERITA BERKAITAN: "Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'
BERITA BERKAITAN: “Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie
Dalam masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada Datuk Awie.
Antara komen yang ditinggalkan ialah: