Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

Asyikin Mayudin
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.

Masuk Dunia Komedi

Awie yang berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast SINAR memberitahu Datuk Afdlin Shauki antara salah seorang yang telah membawanya ke dunia komedi.

“Orang yang menghancurkan hidup saya adalah yang pertama, Afdlin Shauki… itulah, Datuk Afdlin ini yang mula-mula merosakkan imej rock saya yang poyo ini.

“Saya cakap ‘kau bawa aku dalam filem komedi Afdlin’. ‘Kau kelakar la’ dia cakap. Saya cakap kelakar dekat mana, budak tengok saya pun lari ya. Tapi dia tetap cakap saya kelakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

“Alamak yeke… tapi saya fikir balik ‘aku kena try la’. Tak cuba, tak tahu. Saya cuba la, mungkin apa yang dia nampak tu boleh bagi orang lain ketawa ke kan,” kongsi Awie.

Mamat Khalid Salah Seorang

Selain Afdlin, pengarah Allahyarham Mamat Khalid juga antara salah seorang yang membawa Awie ke dunia komedi menerusi watak Husin dalam filem francais Kampong Pisang.
Malah, Awie juga pernah memenangi anugerah Best Performance in a Leading Role mengalahkan rakan gandingannya dalam teater Cuci The Muzikal, Datuk AC Mizal dan Afdlin.

“Bila cuba, jadi… hm jahanam. Lepas itu yang kedua yang menjahanamkan hidup saya arwah Mamat Khalid. Dia terus rosakkan imej saya. Langsung saya terus di banned oleh persatuan rock sedunia.

“Dia kata Awie dah berubah, dah lain mazhab. Tapi Alhamdulillah, then kita buat kat teater kan Cuci The Muzikal, menang itu… kategori pelakon terbaik. Untuk komedi tau.
“Afdlin ada, AC ada… Nabil ada, saya boleh menanglah,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Cipta Lagu Untuk Awie, Impian Ajai Jadi Realiti! - "Saya Dibesarkan Dengan Lagu-Lagunya"

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

gempak
05/05/2024
08:53 MYT
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique