Viral
Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
BERITA TRENDING: Inspektor Sheila Cari Yang Cergas & Fit, Nama Tengku Zafrul Terkait – “Maaf Saya Dah Berpunya”
Majistret Nur Hafizah Rajuni memutuskan demikian selepas saksi pendakwaan pertama, yang juga mangsa dalam kes terbabit enggan memberi keterangan terhadap wanita itu atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 36.
Pada 26 Jun tahun lalu, Sheila mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menghina kesopanan P Taneswaran, 41, dengan berkata 'You (awak) tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu'.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Sri Gombak pada jam 1 petang, 15 Jun tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Azmal.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Kisah Rupa Paras, Tapi Suka Lelaki Muda" - Inspektor Sheila
Bagaimanapun, tertuduh masih berdepan dua lagi kes antaranya mengugut seorang wanita, M Silverkoomarie, 70, dengan niat mendatangkan kegentaran kepada mangsa jam 12 tengah hari pada tarikh dan lokasi sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan menyebut pangkat polis dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya di lokasi sama jam 1.25 petang pada 15 Jun tahun lalu.
Sementara itu, peguam M Manoharan berkata, anak guamnya dibebaskan selepas mangsa memaklumkan mahu menarik balik laporan dibuatnya.
“Perbicaraan kes sepatutnya dijadualkan bermula hari ini, namun mangsa tidak mahu meneruskan prosiding.
"Majistret kemudiannya membebaskan anak guam dan dia gembira dengan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. -- Sinar Harian