Hiburan
Intan Najuwa Dedah Kenapa Suami Bertongkat - "Bukan Ikut Trend Tapi..."
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil menjawab tanda-tanya warganet apabila suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman dilihat bertongkat pada sambutan Aidilfitri minggu lalu.
Jelas Intan, suaminya bukan mengikut trend semasa dengan bertongkat sebaliknya mengalami kecederaan akibat jatuh ketika menunggang kuda.
"Jangan tanya kenapa suami saya pakai tongkat. Dia baru lepas jatuh kuda.
“Ada masa dia okey, ada masa datang sakit dia. Saya pun pening.
“Degil, seminggu sebelum raya pergi naik kuda," ujarnya menerusi video di TikTok.
Pun begitu, ramai yang merasakan imej bertongkat sesuai dengan Azraf dan dilihat seperti golongan berada.