Hiburan
Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.
Enggan ulas
Ira Kazar yang berjubah hitam kelihatan tenang keluar dari pintu mahkamah utama selepas selesai kes lafaz cerai taklik yang dilafazkan Syamsul Yusof kira-kira pukul 10 pagi tadi.Tidak bercakap lebih, Ira hanya kelihatan senyum selain angguk ketika diajukan soalan oleh pihak media.
DItanya adakah dia sukar meluahkan isi hati dengan penceraian yang berlaku, Ira hanya menggelengkan kepala.
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.Namun, Ira Kazar hanya menyatakan maaf kepada rakan media ketika berkali-kali ditanyakan soalan berkaitan penceraian yang berlaku terhadapnya."Minta maaf..minta maaf..tidak..minta maaf," katanya ringkas kepada media.
Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu
ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik
ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Syamsul-Ira
ARTIKEL BERKAITAN:Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"
Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.Untuk info, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Must-Watch Video