Laman Utama

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”

Gempak
29/03/2023
06:25 MYT
Sponsor Banner
Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Dua tahun rumah tangga bergolak, akhirnya isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Tidak beri nafkah sejak 2021 hingga Oktober 2022, itu antara alasan utama Pachara membuat permohonan tuntutan untuk bercerai dengan suaminya.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Suriati Ab. Ghani yang mewakili Pachara ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Menurut peguam syarie itu, sebelum ini anak guamnya selaku plaintif telah memfailkan penceraian secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.
"Bagaimanapun suaminya (Afiq) tidak pernah hadir sehingga anak guam terpaksa membuat permohonan cerai menerusi tuntutan fasakh pada Oktober 2022," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan pernah dikasari Afiq seperti yang dinyatakan di Facebook dan TikTok tahun lalu, Pachara tetap mempertahankan kenyataannya itu.
"Apa yang saya nak beritahu, sebelum ini dia (Afiq) ada buat laporan polis yang mengatakan saya fitnah tapi saya tak fitnah. Mengenai bukti, saya rasa semua orang dah nampak.
“Pada masa sama kita sedang berpuasa. Lagipun sebelum ini hanya saya saja yang banyak bercakap dan masyarakat pun dah nampak bukti-bukti ini,” katanya.
Terdahulu semasa prosiding hari ini, peguam syarie itu turut memaklumkan kepada mahkamah Afiq selaku defendan tidak pernah hadir atau memberi respon terhadap permohonan anak guamnya itu meskipun penyampaian melalui iklan sudah dibuat.
Justeru mahkamah kemudian menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya dengan Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, akan memberi keterangan.
Pada Novermber tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis bagi membersihkan nama selepas mendakwa difitnah Pachara.
Kata pemilik nama sebenar Muhammad Afiq Muiz, 31, buat masa ini dia menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul yang dilemparkan wanita itu.
Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki sert jarinya patah.
Untuk rekod Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
Sumber : KOSMO! ONLINE / Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar