Isteri Curang, Suami Hantar Sihir & Pernah Upah Orang Untuk ...
Seorang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Kopda Muslimin, menjadi perancang utama dalam kes pembunuhan isterinya yang dikenali sebagai Rina Wulandari, 34.
Kes pembunuhan isteri
Media tempatan yang menyingkap kembali kejadian yang pernah menggemparkan Indonesia itu,melaporkan Rina ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali di hadapan rumahnya sendiri di Jalan Cemara 3, Banyumanik, Semarang, Jawa Tengah.
Laporan yang disiarkan pada Selasa itu, memaklumkan bahawa motif pembunuhan itu dirancang oleh suaminya kerana cemburu disebabkan isterinya mempunyai kekasih gelap.
Tindakan itu bukan kali pertama dilakukan oleh Kopda kerana sebelum ini lelaki tersebut melakukan pelbagai cara untuk 'menghabiskan' nyawa isterinya namun gagal.
Dilaporkan dia sebelum ini pernah mengupah orang dengan membayar sebanyak 120 juta rupiah (RM34,719.45) selain pernah menggunakan racun sehinggalah 'menghantar' sihir namun semua usahanya itu gagal.
Susulan itu polis dan TNI bekerjasama mencari Kopda setelah memanggil beberapa orang saksi kes pembunuhan itu namun dia gagal ditemui setelah berjaya menyembunyikan diri.
Bagaimanapun, Kopda tidak sempat dikenakan hukuman selepas dia ditemui meninggal dunia di rumah orang tuanya, selepas seminggu menyembunyikan diri.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam
Jenazahnya dikebumikan dengan tidak mengikut upacara permakaman tentera kerana selama hidupnya dia didapati melanggar undang-undang negara.
Sumber: Sinar Harian menerusi agensi