Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! - "Datang Jumpa Saya Kalau Berani"

Amri Hassan 27/01/2024 | 02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mendedahkan pihaknya sekeluarga tidak menerima sebarang undangan untuk menghadiri mana-mana konsert.

BERITA TRENDING: "Buli Boleh Terjadi Di Rancangan Realiti TV" - Fazley Yaakob

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Azrene memberitahu mereka tidak pernah menerima sebarang undangan biarpun ketika bertemu dengan pihak yang dimaksudkan sekitar sebulan lepas.
Justeru, Azrene mencabar individu berkenaan untuk bertemu dengannya.
"Sila datang jumpa saya. Kalau berani. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan sedia menerima kehadiran anda jadi saya boleh sekolahkan kamu berkenaan adab," tambahnya.
Bagaimanapun, Azrene mendoakan kejayaan karier individu terbabit dan berharap agar tidak membohongi pihak media.
"Apapun, saya sentiasa berharap dan berdoa yang terbaik untuk kamu serta masa hadapan kamu.
"Sentiasa ingat, berkata-kata hal kebenaran lebih baik daripada membohongi media. Selamat maju jaya," tambah Azrene lagi.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Isteri Pernah Gugur 13 Kali, Rumah Tangga Sering ‘Diganggu’, Fazley Imbau Pahit Manis Sepanjang…

PILIHAN PEMBACA: "Boleh Ke Saya Nak Menyanyi Semula?" - Fazley Yaakob

#Penyanyi #Viral #Konsert #Fazley Yaakob #Azrene Soraya #Amuk #Cabar
;