Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

Asyikin Mayudin
27/05/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.

Hari Tidak Baik

Menerusi perkongsian video di Tiktok, Fazeera memberitahu dia ada mencuba nasib datang ke sebuah institusi swasta untuk temu duga sebagai guru pratikal.
Nasib tidak menyebelahinya, Fazeera bukan saja tidak berjaya untuk temu duga tersebut, malah dia juga berdepan dengan masalah dengan aplikasi waze.
“Saya nak cerita pengalaman saya beberapa hari lalu di mana saya terlalu eager untuk pergi interview dekat salah satu private instituation di area KL.
“Saja nak walk in, try walk in jumpa dengan principal ke, admin ke, person inchange ke untuk try my luck sebagai guru pratikal untuk mengajar kat sana. Sebab saya cuba untuk hubungi mereka menerusi emel tapi tak jawab.

“Call pun tak jawab, jadi saya hanya cuba nasib. Namun bila saya sampai dekat sana, guard tu dia interogate tahu la macam mana private instituation, diorang punya sekuriti sangat ketat kan.

“Jadi apa yang terjadi, guard itu cuba hubungi person inchange, tapi person inchange tak ada masa untuk berjumpa dengan saya dan saya kena beredar dari situ dan saya buat rancangan kedua untuk pergi ke institution lain dekat Sri Desa.
“Apa yang terjadi juga adalah menyedihkan… waze saya buat gila. Pergerakan saya dalam waze tu tak bergerak, dan mengacau perjalanan saya. Jadi, saya tak dapat sampai ke destinas itu dan saya pun putus asa,” katanya.

Hubungi Fizo Omar

Dalam keadaan yang sangat beremosi, Fazeera mengambil keputusan untuk menghubungi suaminya yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Apa yang dilakukan Fizo ketika itu membuatkan dirinya berasa tenang semula.
“Saya sangat dalam keadaan emosi masa itu, apa yang saya lakukan adalah saya hubungi suami saya yang tengah shooting masa itu. Saya sangat beremosi, tak rasional, saya rasa macam nak maki-maki, nak marah.
“Saya hubungi suami, saya mengadu semuanya… saya sangat kacau bilau masa itu. Apa yang suami saya buat sangat amazing. Kita sebagai manusia bila kita mengadu dekat seseorang, kita bukan nak orang perbetulkan situasi itu.

“Ataupun orang itu datang dekat kita untuk perbetulkan situasi itu, bukan. Kita hanya nak didengari tanpa dihakimi. Apa yang suami saya buat, dia menghargai emosi saya waktu itu.

“Dia tak cuba untuk betulkan situasi, tapi dia cuba betulkan emosi saya. Apa yang dia cakap masa itu, ‘ala yeke, kesiannya dekat you sayang, tak apa sayang nanti balik kita sama-sama betulkan waze you, nanti kalau you nak pergi interview tu tak apa, you bawa I, I teman you’.
“Saya sebagai wanita, saya terus lupa dengan apa yang telah terjadi yang buat saya kacau bilau,” kongsinya lagi.

Tanpa Dihakimi

Sementara itu, Fazeera turut memberitahu seseorang akan kembali tenang apabila luahannya didengari tanpa dihakimi.
“Bila orang tengah mengadu, orang tengah beremosi, tengah luahkan perasaan, biarkan dia. Dengar dan memahami keadaan tanpa menghakimi mereka sebagai manusia.

BERITA TRENDING: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

“Sebab manusia ini emosi memang berubah-ubah. Masa mereka tengah beremosi, mereka takkan rasional. Jadi pendengar yang baik, bila orang itu dah rasional, barulah anda beri pandangan dan nasihat.
“Bila orang tengah beremosi nak luahkan perasaan, jadilah pendengar yang baik,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar