Laman Utama
Isu Berbikini Ketika Mandi Sungai, Pihak Pengurusan Leona Beri Kenyataan: “Saya Bukan Menyokong Perbuatan Leona, Tapi…”
Baru-baru ini, nama pempengaruh Kasih Iris Leona kembali hangat diperkatakan apabila dia memuat naik video dan foto mencolok mata di Instagram Story miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Leona dilihat sedang berseronok bercuti bersama rakan-rakannya di Warleigh Weir, United Kingdom sambil mengenakan bikini berwarna putih.
Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang memberikan kritikan terhadap Leona, dan tidak terkecuali, ayahnya, pelakon Azhar Sulaiman turut memberikan kenyataan.
Menurut Azhar, dia berasa bersyukur kerana Leona bertindak memadamkan perkongsian berkenaan dan tidak memanjangkan isu terbabit.
Hal yang sama turut diluahkan oleh pengurusan Leona, Xeno Entertainment & Music. Pengasasnya, Prashan Chitty berkata, mewakili pihak pengurusan Leona, dia enggan mencampuri urusan peribadi gadis tersebut.
“Sebagai pengurus Leona, saya kurang melibatkan diri dalam soal peribadinya. Namun, selama menguruskan Leona, dia merupakan seorang anak gadis yang sangat berkeperibadian baik. Sentiasa membantu orang dan sememangnya ikhlas.
“Gambar tersebuat disiarkan oleh Leona dalam akaun Instagram private miliknya yang digunakan untuk berkongsi bersama rakan-rakan terdekat sahaja.
“Saya bukan menyokong perbuatan Leona, tapi saya rasa itu adalah urusan peribadi dan kita cuma boleh menegur,” katanya ringkas kepada Gempak.