Laman Utama

Isu Pensyarah Hina Pelajar, PU Rahmat Mahu Beri Sumbang Laptop Kepada Yang Senasib…

Syafiqah Jalal
31/03/2022
08:53 MYT
Sponsor Banner
Isu Pensyarah Hina Pelajar, PU Rahmat Mahu Beri Sumbang Laptop Kepada Yang Senasib…
Menyedari isu pelajar kurang kemampuan untuk memiliki komputer riba atau laptop, pendakwah bebas, PU Rahmat mengambil inisiatif untuk membantu yang senasib.
PU Rahmat meminta mana-mana pelajar kampus yang memerlukan bantuan laptop segera menghubunginya untuk dibantu.
“Mana-mana adik-adik di kampus yang bermasalah dalam pembelian laptop atas sebab yang munasabah. Jangan malu PM (mesej peribadi) abang (PU Rahmat).
“Tapi abang akan tanya macam-macam sampai kami berpuas hati sebab kamu tak Ada laptop. Macam dalam video tu, Ayah tak kerja dan mak meninggal dunia,” katanya.
PU Rahmat memaklumkan niatnya untuk membantu pelajar-pelajar untuk memiliki laptop di akaun Instagram miliknya.
Menurut PU Rahmat dia bakal membekalkan lebih 10 buah laptop buat pelajar bukan sahaja dari keluarg B40, malah M40 juga.
“Alhamdulillah NGO kami akan beri lebih 10 Laptop untuk Penerima B40. M40 pun boleh PM sebab kami pun paham bukan semua M40 Mampu,” beritahunya lagi.
Dalam masa yang sama PU Rahmat mengalu-alukan buat semua pihak yang ingin membantu dalam hendak memberi sumbangan pembelian gajet itu.
“Siapa nak menderma boleh masuk akaun Pertubuhan. Nama bank : CIMB; Penama : Persatuan Warga Cakna Sejagat; No akaun : 8605 05 8207,” maklumnya.
BACA: Padah 'Hina' Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! - “Bertegas Untuk Tidak…” BACA: Isu Hina B40: Belum Reda, Netizen Ada Gelaran Baru - “Bye Kak Long 7E, Nenek UiTM Puaka Is Coming”
Semalam tular video seorang pensyarah menempelak pelajar yang dilihat tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima.
Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar "berkorban" barang kemas untuk tujuan pendidikan.
Pensyarah berkenaan turut mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memperlekeh golongan B40. Video tular itu dipercayai dirakam ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.
Klip video berkenaan mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada kalangan warga net.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar