Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

Amri Hassan
01/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.

BERITA TRENDING: #GempakVideoNews : Didakwa Ada Masalah Kesihatan Lelaki Punca Cerai? Datuk Fazley Kata No!

Jelas Fazley menerusi hantaran di Instagram, golongan lelaki juga tidak perlu memberikan nasihat kepada lelaki lain yang sudah bercerai tentang cara menjaga pasangan.
"Kepada suami-suami yang masih berkahwin, tak perlulah nak memberi nasihat kepada duda-duda lain macam mana nak jaga isteri. Nasihat saya, jagalah isteri sendiri.
"Tak perlu jadi Pak Maon nak suruh kuatkan agama, dah macam ustaz skibidi bombom, dan tak perlu menjadi penceramah motivasi nak bagi 88 tips rumah tangga bahagia.
"Setiap perceraian pasti dah difikir masak-masak dan sampai hangus, sebelum membuat keputusan," tulisnya.
Malah, Fazley meminta segelintir pihak agar memahami dan memberikan ruang kepada pasangan yang sudah bercerai termasuk selebriti yang dilihat ramai berpisah sejak akhir-akhir ini.
"Dah menjadi suratan atau kebetulan ramai pula yang berpisah tahun ini, give the dudas some space juga okey," pesannya lagi.

BERITA TRENDING: 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Cerai - “Semoga Dengan Adanya..”

Terdahulu, Fazley mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah berpisah dengan bekas isteri Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad.
Lebih mengejutkan lagi apabila perceraian mereka sudah berlaku beberapa bulan lalu.
Imbas kembali, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.

BERITA TRENDING: Fazley Yaakob Anggap Perpisahan Bukan Satu Pengakhiran, Hubungan Kekeluargaan Tetap Utuh! - “Perceraian Tidak Bermakna Anak-Anak Perlu Sengsara…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar