Skip to main content

Hollywood

Cincin Tunang Berkilau Di Jari Manis, Zendaya Kini Tunangan Tom Holland!

astrogempak_zendaya_tom_holland_bertunang.jpg

Pelakon Hollywood, Zendaya dikatakan telah bertunang dengan kekasihnya, Tom Holland. 

Menurut laporan dari TMZ, sumber yang rapat dengan pasangan tersebut memberitahu Tom Holland telah melamar Zendaya antara waktu Krismas dan Tahun Baru. 

Tambah sumber itu lagi, pelakon utama watak ‘Spider-Man’ tersebut melutut dalam suasana yang sangat romantik di salah satu rumah keluarga kekasihnya di Amerika Syarikat. 

“Kami diberitahu bahawa Tom tidak membuat pertunjukan besar mengenai pertunangan itu. Ia bukan lamaran yang besar dan berlebihan. 


Terbaru, pelakon wanita itu sempat mempamerkan cincin pertunangannya yang besar di jari manisnya pada Ahad lalu ketika menghadiri Majlis Anugerah Golden Globes 2025.


Sekadar info, Tom dan Zendaya mula menjalin hubungan percintaan pada tahun 2021 selepas digandingkan dalam filem "Spider-Man: Homecoming." 

Mereka serta-merta menjadi salah satu pasangan paling disayangi di Hollywood walaupun mereka memilih untuk menyimpan hubungan mereka secara peribadi dan jarang mengulas lanjut mengenainya di khalayak ramai.

Sumber: TMZ

Must-Watch Video

Advertisement