Laman Utama

“Jangan Jadi Bodoh, Kita Ada Maruah” - Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya

Mya Amri
29/08/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Jadi Bodoh, Kita Ada Maruah” - Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menasihati kaum wanita agar menjadi lebih berani sekiranya bergelut dengan masalah rumah tangga.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri Sarah juga sedia maklum tentang isu hangat dan tular ketika ini iaitu mengenai Abang Tesla.
“Hangat pula isu 'tesla' ni. Ermmmm... tak suka angkat kaki good bye. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu.
“Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba. Macam ikan lumba lumba pula,” tulisnya.
Disebabkan itu, Puteri Sarah menyarankan agar wanita perlu lebih bijak membuat keputusan untuk diri sendiri dari terus membiarkan hati disakiti.
“Work hard, cari duit sendiri, be independent, travel the world! Jadi wanita yang bijak dan bermaruah.
“You do you. Jangan depends on anyone. You have your own say. Love yourself. Know your own worth,” coretnya.
BACA: “Bila Keluar Alasan Bodoh Lebih Baik Diam!” - Michael Ang Geram Dengan Abang Tesla
BACA: “Sebenarnya Bukan…” - Abang Tesla Nafi Kahwin Lagi Satu Sebab Anak
BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar