,
Laman Utama

“Bila Keluar Alasan Bodoh Lebih Baik Diam!” - Michael Ang Geram Dengan Abang Tesla

Mya Amri
28/08/2023
03:50 MYT
Pengarah, Michael Ang meluahkan pendapat berhubung isu poligami yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai Abang Tesla.
Menurut Michael, kenyataan Abang Tesla ketika menjadi tetamu dalam program podcast bersama Caprice itu mengarut.
Berikut merupakan beberapa faktor yang membuatkan Michael berasa geram.
#Rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF)
“Dari buat IVF mahal baik kahwin satu lagi untuk Anak! - Kau ingat perempuan kilang buat anak!”
#Tak Ada Spark
“Dah lama cinta bila kahwin tak ada spark, bila dah kahwin nombor dua, mulai hargai balik nombor satu - Kalau macam tu jangan kahwin bodoh piang! Alasan paling bodoh untuk kahwin satu lagi,”
#Alasan Budak Budak
“Isteri pertama pun bodoh juga, explanation laki dah tak ada love dan spark. Kalau bagi kahwin satu lagi baru akan ada spark balik dan di hargai. Ini alasan bagi budak-budak candy supaya jangan menangis,”
#Isteri Kedua
”Isteri kedua pun angau sanggup kahwin dengan mamat tu. Kalau isteri pertama boleh kena macam tu apa guarantee love tu tak akan hilang bila nak nombor tiga,”
#Anak
”Dah check doktor ke yang confirm perempuan tu tak boleh ada anak atau lelaki yang bermasalah!”
#Anak Angkat
Anak angkat tak sama dengan anak sendiri - Kenyataan itu sahaja dah red flag menunjukkan mentaliti seseorang yang selfish dan tak reti mencintai seseorang for a long time. Orang macam ni hanya tahu love themselves dan tak fikirkan perasan orang lain.
Bagaimanapun menerusi coretannya di Instagram memaklumkan dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada lelaki memilih untuk berpoligami tetapi jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal.
“Nak kahwin satu ke sepuluh ke itu hak kau orang. Tapi bila keluar kenyataan dan alasan bodoh bodoh ni lagi baik diam,” coretnya.
BACA: “Sebenarnya Bukan…” - Abang Tesla Nafi Kahwin Lagi Satu Sebab Anak
BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
BACA: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
BACA: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

gempak
13/11/2024
06:55 MYT
Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

“Memang Pedas Tapi Geram Sangat…” - Reen Rahim Ulas Isu Ibu Bapa Pilih Kasih Disalah Erti

gempak
07/10/2024
12:55 MYT
Pelakon Reen Rahim menegur tindakan segelintir anak yang mengkritik dan memburukkan ibu bapa mereka dengan alasan tidak mendapat layanan yang baik.
Hiburan

“Semua Sekadar Gimik & Marketing, Hujung-Hujung Jual Produk!” - Michael Ang Siap Buat List! Takkan Percaya Konten Mengarut

gempak
02/10/2024
02:25 MYT
Pengarah, Michael Ang menyatakan selepas ini dia tidak lagi akan percaya dan tertipu dengan konten-konten disifatkan sebagai mengarut di media sosial.
Unitar