Laman Utama
“Jangan Panggil Aku Siti Bainun” - Noreen ‘Naik Hantu’ Bila Disamakan Dengan Pengasas Rumah Bonda
Pengsohor, pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman berang apabila ada netizen menyamakan dirinya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.
Norreen berkata, dia tidak kisah jika netizen memanggilnya dengan panggilan buruk lain, tetapi tidak dengan nama Siti Bainun.
“First of all you can even call me fat ugly b*tch. Kau boleh panggil aku Norreen badan gemuk macam b*bi, Norreen badan macam gajah, macam tong dram, macam trak… semua kau boleh panggil aku… Perut aku pun banyak roadblock.
“Tapi jangan panggil aku ‘Siti Bainun’ sebab aku dengan Siti Bainun macam jauh sekali. Yes memang aku gemuk gila, aku dahlah tinggi 171 besar pulak tu, gemuk pulak tu. Perut ada roadblock, polis pun tak boleh lalu roadblock ni kau faham tau tak?
“Aku punya besar tu kalau duduk depan kau masa depan kau gelap kau terus tak nampak dunia. Tapi do not call me Siti Bainun ok.
“Sebab aku bukan abuser, aku pencinta alam, pencinta makanan, pencinta binatang, pencinta anak, aku penyayang, muka je macam ni! Asal gemuk semua Siti Bainun,” tegasnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi, termasuk rakan-rakan artis.
“Biadap sangat panggil you SB. There’s a huge difference. Norreen Iman is a loving mother who defends her kids. SB apa?” tulis pelakon Catriona Ross.
“Aku sokong… kau lawa letup baik dan penyayang,” komen Azza Elite pula.
Buat masa ini, nama Siti Bainun trending di media sosial memandangkan kes makhkamah yang melibatkan dia sebagai pengasas Rumah Bonda dan penderaan terhadap adik Bella masih lagi berjalan.