Pelakon Ika Nabella menegur dan menasihati orang ramai agar tidak bermain dengan sentimen body shaming dalam kes perbicaraan Siti Bainun dan adik Bella yang sedang hangat ketika ini.
Kata Ika, tidak adil untuk meletakkan hukum secara umum kepada individu bersaiz besar hanya disebabkan seorang individu semata-mata.
"Bila kamu terlalu marahkan Bainun tolong jangan point out penampilan dia. Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti kamu.
"Jangan pula tersinggung dengan teguran umum ini, sebab yang jahat itu dia bukan saiz badan dia dan bayangkan orang lain bersaiz seperti Bainun baca apa mereka rasa?
"Mereka akan rasa teruk dengan saiz mereka padahal tak minta pun hidup saiz begitu," tegas Ika.
Isu buli dan body shaming tambah Ika mungkin akan menjadi fakto pendorong kepada tindakan seseorang untuk 'membuli balik' individu lain.
Malah, Ika sendiri pernah mengenali individu yang berperwatakan berbeza di sekolah dan rumah akibat dibuli.
"Pernah terfikir tak penyebab body shaming kepada individu tertentu? Mungkin apa yang terjadi kepada Bella salah satu daripadanya.
"Orang yang tak kuat imannya akan mencari seseorang yang lebih lemah untuk memenuhi tuntutan amarahnya. Nampak jelas kan?
"Saya pernah mengenali seseorang, di sekolah dia baik sebab saya satu-satunya kawan yang dia ada. Orang lain sangat jahat kepada dia tapi bila pergi rumah dia saya terkejut dia menjadi individu berbeza terutama kepada pembantu rumahnya. Kami baru berusia 11 tahun ketika itu.
"Sesetengah orang rasa tertekan bila orang body shaming dan mereka akan mencari individu yang tidak ada kuasa, atau lemah di mata mereka untuk rasa lebih selamat.
"Betulkan kalau salah ya," tambahnya.
Sehingga kini, kes penderaan remaja sindrom down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sedang hangat menjadi bualan di kalangan warganet.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom down dikenali sebagai Bella yang mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Amri Hassan
Sat Apr 16 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!