• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabil Ahmad Bina Madrasah Hampir Cecah RM50,000 - “Saya Punyai Impian Kalau Boleh…”
HIBURAN
“Ini Bukan Amy & Dia Tak Akan Maki Orang” - Datuk Awie
HIBURAN
Tiket ‘Janji With Dayang’ Sold Out, Dayang Nurfaizah Tak Sangka Sambutan Luar Biasa
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Jangan Pasang Ayat Ruqyah Ketika Sedang Memandu Sebab…

Izwan Isa
Izwan Isa
31/08/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Jangan Pasang Ayat Ruqyah Ketika Sedang Memandu Sebab…
Kebanyakan daripada kita sering memasang lagu ketika sedang memandu kereta bagi mengelakkan rasa bosan.
Selain itu, tidak kurang ada juga dalam kalangan kita yang memilih untuk memasang alunan ayat-ayat suci al-Quran.
Namun, pendakwah terkemuka, Ustaz Muhaizad menyarankan supaya tidak memasang ayat-ayat ruqyah ketika berada dalam kenderaan bagi mengelakkan sebarang gangguan daripada jin dan juga syaitan.
Menurut beliau, cukuplah sekadar membaca doa naik kenderaan dan juga ayat Kursi.
“Kalau nak minta perjalanan kita selamat dengan Tuhan, baca doa naik kenderaan, kedua baca ayat Kursi wakaf sembilan untuk minta musafir kita selamat. Jangan bacalah ayat-ayat Manzil dalam kereta atau ayat-ayat ruqyah kerana mengganggu sebab jalan kita lalu ke rumah ni, kita lalu ‘rumah dan kawasan orang’.
“Kita ada rumah, ‘benda’ tu pun ada rumah juga. Kita lalu rumah ‘dia’ kita pasang ayat al-Quran, terganggu dia,” jelasnya menerusi satu ceramah yang dimuat naik di Youtube baru-baru ini.
Beliau mengulas perkara tersebut berikutan ada yang hadirin yang bertanya, apakah terdapat amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada ‘benda’ menumpang pada kenderaan.
Menurutnya lagi, ia juga merupakan adab yang perlu diberi perhatian berikutan bumi turut didiami oleh makhluk halus bernama jin dan syaitan.
“Sebab tu tak digalakkan baca ayat-ayat Manzil, perubatan dalam kereta, takut ‘dia’ ganggu. ‘Dia’ ganggulah, dah ganggu kawasan ‘dia’.
“Jangan ganggu, biar beradab. Kita ni menumpang di bumi tuhan, bukan kita sorang duduk atas dunia.
“Nak jadi khalifah Tuhan gi buat kurang ajar lagu tu, marah la ‘orang’ tu. Hidup biar beradab,” tegasnya.
BACA: Seram! Aishah Terima Santau ‘Courier’ - “Dalam Mimpi Nampak Lelaki, Muka Familiar Tapi…”​
BACA: “Muntah Darah, Segumpal Rambut Keluar Dari Mulut” - Azharina Dedah Berdepan Gangguan Mistik​
Related Topics
#Memandu
#Ayat Ruqyah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement