Hiburan
“Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang Tau” - Fathia Latiff
Pelakon, Fathia Latiff meluahkan rasa geram apabila sering menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu kesihatan mentalnya.
Disebabkan itu juga, Fathia seolah-olah memberikan amaran kepada netizen supaya tidak menjadi punca dirinya keluar agama Islam.
Kenyataan kontroversi Fathia itu dilakukan ketika sesi siaran langsung menerusi platform media sosial baru- baru ini.
Video tular itu kemudiannya dimuat naik kembali oleh sebuah akaun di laman TikTok.
“Satu benda sahaja aku nak cakap, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang tau. Apa yang korang buat dekat aku ni, aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang,” ujarnya.
BERITA TRENDING: “Tudung Tak Wajib, Pakai Timba Dekat Kepala Pun Boleh, Janji Tutup Aurat” - Fathia Latiff
Tambah Fathia lagi, tidak ada gunanya seseorang itu melakukan ibadah sekiranya tetap menghina saudara sesama Islam.
“Aku tak berdosa. Korang ni yang akan masuk neraka sebab push push aku, jangan sampai korang beribadah 100 tahun pun tak guna tau.
“Sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni. Buat orang marah, sakitkan hati.
“Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan, salam ramadan lah,” katanya.
undefined
Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
BERITA TRENDING: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”
Disebabkan itu, netizen mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan.
Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.