Laman Utama

Jennie Beli Apartment Bayar Cash, Tak Buat Loan Bank

Firdaus
15/11/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Jennie Beli Apartment Bayar Cash, Tak Buat Loan Bank
Jennie dari Kumpulan Blackpink dikhabarkan telah membeli sebuah apartment mewah di UN Village yang berharga AS$3.79 juta (RM18.2 juta) secara tunai.
Menurut sumber, Jennie telah membeli apartment tersebut tanpa membuat sebarang pinjaman daripada bank dan segalanya dibayar secara tunai.
Terdapat juga laporan menyatakan bintang popular antarabangsa itu mendaftar alamat baharunya di pejabat perbandaran tempatan.
Apartment mewah yang dibeli Jennie itu terdiri daripada lima bilik tidur dan lima bilik mandi dengan ruang tamu berkeluasan 244.97 meter persegi.
Sumber juga mendedahkan Jennie telah membuat proses pembelian apartment berkenaan pada Februari 2021, dengan bayaran muka sebanyak 10%, AS$379,000 (RM1.77 juta) untuk kediaman tersebut.
Biasanya, jumlah baki dijangka dibayar dalam tempoh enam bulan, tetapi Jennie diberi tempoh lebih lama kerana mampu membayar dalam amaun penuh.

BERITA TRENDING: “Sedang Melakukan Yang Terbaik Untuk Sembuh” - Tinggalkan Pentas Secara Tiba-Tiba, Jennie BLACKPINK Mohon Maaf

Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar