Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Jijik! Wanita Dedah Taska 'Pengotor', Kongsi Satu Tuala Untuk Semua Budak - "Kain Buai Bau Hancing"

Gempak 23/06/2024 | 02:55 MYT

Seorang wanita mendakwa sebuah taska di Sungai Buloh, Selangor tidak mengekalkan kebersihan selain turut mengabaikan keselamatan kanak-kanak asuhan di situ.

Pendedahan tersebut dibuat oleh wanita dipercayai pekerja di taska berkenaan yang memuat naik hantaran di laman X berhubung perkara tersebut.

BERITA TRENDING: Kes Dera Anak Digugurkan, Ibu Dedah Kronologi Kejadian

BERITA TRENDING: Boyfriend Pengasuh Sendiri Dedahkan Footage Kanak-Kanak Istimewa Didera Di Taska Semenyih? Netizen Puji; "Terima Kasih Jadi Lelaki Bijak"

BERITA TRENDING: Kes Cabul Budak Umur 2 Tahun, Hafiz Mahamad Enggan Susahkan Caprice - "Saya Hargai Sokongannya Tapi Biarlah ..."

BERITA TRENDING: Ugutan Bunuh, Naim Daniel Buat Laporan Polis Demi Keselamatan Keluarga & Beri Pengajaran

BERITA TRENDING: Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

Kongsi sudu & tuala

Jelasnya, pengasuh di pusat tersebut bersikap sambil lewa dalam menyediakan kelengkapan mandi dan makan terutamanya golongan bayi berusia di bawah enam bulan.

"Korang nak ke hantar anak dekat taska Sungai Buloh ni? Hantar RM400-RM500 sebulan tapi bayi enam bulan makan kongsi satu mangkuk satu sudu ramai-ramai.

"Tuala ibu bapa sediakan tapi dorang kongsi satu tuala untuk semua budak, kain buai warna kelabu bau hancing, koyak rabak.

"Aku kerja enam hari tak sanggup dah tengok, cuci botol bayi pakai span basuh pinggan dan tu juga buat cuci singki, gaji RM1,200, daripada bayi takda ekzema terus kena macam-macam," katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat netizen meluahkan rasa kecewa dan menggesa agar taska berkenaan dikenakan tindakan.

"Ni salah satu faktor tak berani hantar anak taska ke pengasuh tak dikenali. Biar tempat mahal asal kita yakin, cuma itulah tak semua ibu bapa mampu macam tu.

"Pernah kerja dekat taska, makanan semangkuk kongsi makan untuk budak, sorang dapat dua ke tiga suap je. Kalau rasa nak hantar anak dekat taska tu, fikir laa balik, patut laporkan pada polis kes macam ini.

"Pakai span guna untuk cuci singki, memang melampau, kalau tengok pada persekitaran dalaman dia pun dah tahu kotor, harap pihak berkuasa segera jalankan siasatan dan periksa taska ni," komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan dari pihak taska berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat dan bukti berkaitan, dinasihati tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

#Taska #Kotor #Budak #Pekerja #Jijik #Kongsi #Hancing #tuala
;