Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

Maliah Surip
08/09/2024
21:53 MYT
Sponsor Banner
Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Bukan kerana karya tetapi peminat gembira selepas melihat penampilan terkininya, terutama pada bahagian gigi lapor Yahoo!.
Depp sebelum ini dikutuk kerana memiliki gigi dengan warna yang terlalu kuning. Penampilan gigi kuning Depp pada tahun lalu itu membuat ramai peminat bimbang dengan tahap kesihatannya selepas terlibat kontroversi perkahwinan dengan bekas isteri, Amber Heard.

BERITA TRENDING: Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

BERITA TRENDING: Johnny Depp Bakal Kembali Main Watak Kapten Jack Sparrow

BERITA TRENDING: Amber Heard Bayar Saman, Johnny Depp Derma Semua Pada Rumah Kebajikan

BERITA TRENDING: Johnny Depp Terima Kontrak Termahal Dalam Sejarah Jenama Dior, Jauh Tinggalkan ‘Nilai’ Brad Pitt & Robert Pattinson

Namun aktor berusia 61 tahun itu tampil berbeza baru-baru ini. Selain dinilai nampak lebih sihat dengan penampilan tidak lagi compang camping, warna gigi Depp juga menjadi perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Depp berada di sebuah destinasi percutian terkenal di Bahamas dengan warna gigi Depp yang lebih putih berbanding sebelum ini.
Penampilan yang lebih segar itu mendapat pujian dengan ada peminat meninggalkan komen berbunyi: “Kini tiada lagi orang boleh mengutuk Depp.”
Ironi menerusi satu temu bual bersama Premiere Magazine pada tahun 1995, Depp mengaku mengalami masalah kaviti yang teruk seawal usianya 31.
“Sebenarnya setiap kali bertemu orang dengan gigi yang sempurna dan putih mereka membuat saya tak keruan,” dedahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024