gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Johnny Depp Bakal Kembali Main Watak Kapten Jack Sparrow

Maliah Surip
Maliah Surip
22/05/2024
12:35 MYT
Sponsor Banner
Johnny Depp Bakal Kembali Main Watak Kapten Jack Sparrow
Penerbit Jerry Bruckheimer mendedahkan rancangan untuk kembali membikin filem fenomena Pirates of the Caribbean.

"Saya sayang Depp"

Dan dia merancang untuk kembali menggunakan khidmat aktor berkaliber Johnny Depp yang cukup ikonik dengan watak Kapten Jack Sparrow, lapor Entertainment Weekly.
“Ini (filem) bikin semula (reboot). Saya mahu Depp dalam projek ini,” kata Bruckheimer.
“Saya sayang Depp. Dia seorang kawan yang baik dan aktor yang unik serta hebat,” ujar penerbit tersebut mengenai bintang berusia 60 tahun itu.

BERITA TRENDING: Bye Bye Kapten Jack Sparrow, Johnny Depp Kini Jadi Raja

Bruckheimer dipercayai sedang menggarap dua projek filem Pirates yang berasingan.
Depp sebelum ini menjadi peneraju untuk lima francais filem lanun tersebut di antara tahun 2003 dan 2017. Memainkan watak Kapten Jack Sparrow, Depp telah menjadikannya cukup ikonik dan membekas dalam hati peminat.

“Depp telah mencipta kelainan dan uniknya Kapten Jack Sparrow. Dia menjadikan Pepé Le Pew dan Keith Richard lalu menjadi Jack Sparrow,” katanya lagi.

Aktor tersebut berganding dengan Orlando Bloom dan Keira Knightley dalam tiga francais pertama yang berlatarkan tema Disneyland dengan nama sama.
Beliau menggondol Oscar berkat memainkan peranan Kapten Jack Sparrow menerusi The Curse of the Black Pearl pada tahun 2003.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Johnny Depp
#Watak
#Jack Sparrow
#Jerry Bruckheimer
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement