Berita

'Jual' Bos, Rakan Sekerja Untuk Hilangkan Tekanan

Gempak
10/07/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
'Jual' Bos, Rakan Sekerja Untuk Hilangkan Tekanan
Semua bidang pekerjaan ada tekanan masing-masing.
Bagi mengatasi masalah itu, golongan muda profesional di China telah menggunakan kaedah unik untuk meredakan 'work smell'.

Jual bos dan rakan sekerja

Ia kini telah menjadi trend apabila pekerja menyenaraikan majikan, rakan sekerja dan kerja mereka untuk dijual di platform e-dagang terpakai, Xianyu.
Difahamkan, 'work smell' merujuk kepada keletihan mental dan fizikal selepas penat bekerja sepanjang hari. Menurut South China Morning Post (SCMP), senarai di laman web itu termasuk 'bos yang menjengkelkan', 'kerja yang teruk', 'rakan sekerja dibenci' yang 'dijual' pada harga 34,400 yuan (RM22,270) hingga 77,400 yuan (RM50,107).
Terdapat seorang pengguna yang menjual rakan sekerjanya yang berkebolehan menjadi sarkastik untuk harga 3,999 yuan (RM2,588). "Saya boleh ajar anda cara untuk berurusan dengannya selain menawarkan 10 tips untuk mengelakkan diri menjadi 'kambing hitam' di pejabat," ujarnya.
BERITA TRENDING: Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

BERITA TRENDING: Buat Spotcheck Waktu Staf Masuk Kerja, Majikan Ini Dikritik Netizen - "Kalau Kau Nak Pekerja Awal, Pastikan..."

BERITA TRENDING: Temubual Tun M Ketika Berusia 10 Tahun, Kashika Selvam Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

BERITA TRENDING: Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Kenali 9 Mantan PM Yang Pernah Memimpin Negara

Seorang lagi profesional menyenaraikan 'bos yang teruk' untuk harga serendah 500 yuan (RM323) kerana sering dikritik majikan hingga menyebabkannya mengalami tekanan mental.
Senarai tersebut sebenarnya adalah untuk tujuan jenaka semata-mata malah penjual juga akan memastikan iklan tersebut tidak melibatkan sebarang transaksi.
"Penjual biasanya akan membatalkan urus niaga apabila ada individu yang mengambil serius dan berminat untuk mendapatkan 'produk' tersebut," jelas laporan SCMP lagi.
Seorang penjual mendakwa dia pernah menawarkan bayaran balik.
"Saya terus memadamkan senarai itu untuk elakkan kekeliruan. Platform itu adalah cara untuk melepaskan tekanan. Saya lihat ramai yang 'menjual' kerja mereka di Xianyu dan ia agak menarik untuk dicuba.
"Menjual kerja saya yang tiada cuti hujung minggu pada harga 9.9 yuan (RM6.40) seperti tindakan balas dendam yang kecil," jelasnya. - Agensi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar