Laman Utama

"Kaki Saya Bengkak, Telinga Berdesing" - Iman Troye Kemalangan

Amri Hassan
09/11/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Kaki Saya Bengkak, Telinga Berdesing" - Iman Troye Kemalangan
Penyanyi Iman Troye berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu.
Kongsinya di Instagram, akibat kemalangan tersebut, kenderaan miliknya rosak pada bahagian tayar sebelah kanan.
"Alhamdulillah, saya selamat cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’.
"Hari pertama November saya kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin menyebabkan kereta saya gagal dikawal.
"Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja," katanya.
Akibat kemalangan itu juga, dia mengalami kecederaan ringan akibat hentakan.
"Cuma kecederaan kecil sahaja sebab kepala saya terhentak pada tingkap kereta.
"Kaki saya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing terus tidak dengar apa-apa.
"Keesokannya (2 November), pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamudlillah semuanya baik sahaja," ujarnya.

BERITA TRENDING: Bibir Tebal Dikata Sama Macam Vida, Iman Troye Tak Kisah Pun! - "Mata Orang Beza-Beza"

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Peminat ‘Broken’ Bila Iman Troye Tayang Kekasih, Tapi Rupa-Rupanya…

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar