Perkongsian video memperlihatkan foto penyanyi Iman Troye bersama seorang jejaka kacak yang dimuat naik di TikTok menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Iman menggayakan baju kurung raya kegemarannya manakala jejaka tersebut memakai baju kurta berwarna biru dengan latar belakang lagu Saat Kau Hadir.

“My favourite baju raya so far (baju kegemaran setakat ini). Again, Selamat Hari Raya sayang semua,” tulis Iman secara ringkas di perkongsian tersebut.

Selain memuji penampilan Iman yang kelihatan ayu dan cantik, rata-rata netizen lebih tertumpu kepada jejaka yang bergambar dengan penyanyi itu.

Netizen mula membuat spekulasi mengatakan penyanyi lagu Nang itu sudah berani menayangkan kekasih hatinya di laman sosial.

“Haha broken dah semua jejaka kat komen ini.

“Iman dah reveal (dedah) guys.

“Ceh dah reveal boyfriend,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, enggan membiarkan netizen berterusan salah faham, Iman menerusi ruang komen memberitahu jejaka tersebut adalah adik saudaranya.

“Tak la, ni adik saudara Iman,” tulisnya ringkas.

@imantroye my favourite baju raya so farrr ?? again, shr sayang semua <3 #fyp #fy ♬ Saat Kau Hadir (Slowed) - Family Affair's