Laman Utama

“Kalau Aku, Mak Je Boleh Duduk, Adik Beradik Lain Di Haramkan!” - Michael Ang

Mya Amri
14/10/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Aku, Mak Je Boleh Duduk, Adik Beradik Lain Di Haramkan!” - Michael Ang
Pengarah, Michael Ang mempunyai pendapat tersendiri terhadap isu perkelahian keluarga penyanyi yang tular baru-baru ini.
Menurut Michael jika perkara itu berlaku ke atas dirinya, dia akan menjual rumah banglo yang dimiliki itu dan membeli kondo mewah.
Namun terdapat satu sahaja syarat yang ditetapkan untuk kondo mewah tersebut.
“Kalau aku la... Kalau aku ya ni... Aku jual banglo RM2 juta, beli kondo mewah bagi mak duduk dan aku bagi juga bibik seorang.
“Utilities semua ditanggung! Satu syarat je, hanya mak sahaja boleh duduk. Adik-adik lain diharamkan bermalam atau duduk di kondo tu.
“Nak datang tengok mak dibenarkan! Pandai ke tak? By the way, kondo tu atas nama saya ya!
“Kalau saya mati dulu, rumah itu akan jadi rumah anak saya tapi dia tak boleh jual atau buat apa-apa selagi mak masih hidup! Gittew!” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya menyatakan bahawa selebriti itu sebenarnya mempunyai perancangan yang sama seperti Michael namun lain jadinya apabila adik-beradik termasuk ibu penyanyi itu seolah-olah melancarkan ‘perang’ di media sosial.
Antara komen yang diterima:
“Rasanya itu lah perancangan dia, tapi keliling mak dia yang menyalak siap suruh tukar nama rumah tu kepada nama mak dia. Eh meroyan lah ada adik-adik macam tu, kemaruk harta kakak. Si kakak tu macamlah sebatang kara, orang tu ada anak,”
“Manusia bila tak nak downgrade lifestyle macam tu lah sebab tu benda free orang tak hargai. Bila kita tarik nikmat, terus nak melenting padahal cuma nak kurangkan beban sikit. Bukan nak halau.”
“Memang itulah dia nk buat tapi nak buat macam mana mak pun macam mcm selesa dah duduk banglo macam tak nak duduk kondo. Tak kesian langsung dekat anak tu nak bayar bil bulan-bulan, bukan murah, dengan rumah tak terjaga,”
BACA: Shila Amzah Ada Sebab Nak Jual Banglo Didiami Keluarga - “Memandangkan Rumah Itu Saya Punya…”
BACA: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar