Hiburan

“Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya” – Talita Gembira, Tak Sangka Hasrat Jadi Penyanyi Tercapai

Mya Amri
04/02/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya” – Talita Gembira, Tak Sangka Hasrat Jadi Penyanyi Tercapai
Anak kepada pelawak, Shuib, Dzahira Talita Zahra akui berasa gembira apabila impiannya untuk menjadi penyanyi dan menceburi bidang seni akhirnya tercapai.

Kalau arwah ibu masih ada...

Menerusi satu perkongsian temu bual dalam saluran podcast Hey Korangz di TikTok, Talita berkata sekiranya arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah masih ada, pasti akan berasa bangga dengan pencapaian dirinya.

“Kalau arwah ibu saya (Siti Sarah) berada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan rasa bangga dengan saya.

“Saya gembira tapi dalam masa yang sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi.

“Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Kemudian dia kata okay saya kena tunjukkan yang saya boleh,” ujarnya.

Bakal keluar single

Dalam pada itu, Talita juga memberitahu dia akan mengeluarkan single sulung tidak lama lagi.

“Daddy kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan,” katanya.

@heykorangz8 Excited lah kita nak tunggu Adik Thalita punye single! Mesti gempak… cepat lah father kita pun tgh tunggu ni.. 😜😜 Cant wait to see Adik Thalita performing in SG with Ajai and Mega friends SG on the 10th of May 2025. Episode 96 with Thalita is out on Spotify🔥🔥 Korangz Jgn Lupa tune in ok! #thalitasuib #showpalingmurah #showpalingmahal ♬ original sound - Hey_korangz

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Makin Popular, Thalita Dedah Layanan Rakan Sebaya Mula Berubah - “Memang Saya Kena Palau…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dari Show Paling Murah, Kini Show Paling Mahal” - Shuib Bangga, Anak Perempuan Bakal Beraksi Di Konsert Ajai & Mega Friends

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi ‘Backup Singer’ Talita, Netizen Terpukau Dengan Bakat Nyanyian Matin Pula - “Meremang Dengar…”

ARTIKEL BERKAITAN:Achey Pening Anak Nak Jadi Macam DekTa, Netizen Pula Rasa Lucu - “Tiara Ni Lawak Dah Macam Bapa Dia Pula”

ARTIKEL BERKAITAN:Thalita Sebak Dapat Peluang Nyanyi Bersama 3 Pagi Era Di Bukit Bintang - “Rupanya Dia Terlalu Nak…”

Sebelum ini, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya berjudul Kesetian.
Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024