BERITA
"Kalau Boleh Saya Mahu Tiga Orang Anak, Sedang Usahakan Tapi..." - Scha Alyahya
Aktres jelita Scha Alyahya berhasrat mahu menimang cahaya mata memandangkan anaknya, Lara Alana kini hampir mencecah usia lima tahun.
Menurut Scha, jika berpeluang dan dikurniakan rezeki, dia mahu memiliki tiga orang cahaya mata.
"Sebenarnya, saya dan Awal (suami) sedang merancang untuk menimang cahaya mata lagi.
"Kalau boleh saya mahu memiliki tiga orang anak, kami sedang usahakan tapi masih belum ada rezeki buat masa ini.
"Insya-Allah, saya juga akan membuat pemeriksaan kesihatan berkaitan kesuburan untuk memudahkan saya untuk hamil lagi selepas ini," katanya kepada Gempak.
Scha berkata demikian ketika ditemui di majlis Sinar Lebaran Jakel bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur semalam.
Di majlis tersebut, Scha dan Awal turut terlibat dalam sesi penyampaian sumbangan Ramadan kepada orang kurang upaya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.
Must-Watch Video