Hiburan
Kalau Dulu Saya Bedal Nak Makan Apa, Hisap Rokok Tak Ingat Dunia…” - Pulih Dari Serangan Strok, Haerieyanto Lebih Hargai Nikmat Kesihatan
Pelakon Haerieyanto mengakui tidak mahu kembali kepada kehidupan lamanya andai diberi pilihan buat kali kedua.
BERITA BERKAITAN: Netizen Terhibur Tengok Gelagat Rosyam Nor Kipaskan Cucu - “Punyalah Gengster, Tapi…”
BERITA BERKAITAN: Netizen Tanya Kenapa Dahi Neelofa Ada Parut, Jawapan Spontan PU Riz Buat Ramai Terhibur - “Dahi Dia Sebab…”
Menurut Haerieyanto, dia kini lebih berhati-hati mengenai soal pemakanan selepas mengalami serangan strok dua tahun lalu.
" Saya tak nak kehidupan lama saya. Kalau diberi pilihan kedua saya lebih rela hidup yang sekarang daripada dahulu.
"Sebab apa? kalau dahulu saya bedal nak makan apa, saya hisap rokok tak ingat dunia, rehat tak cukup sehinggakan saya jatuh sakit.
"Bila sekarang saya baru tersedar nikmatnya kesihatan. Baru saya terfikir nak jaga makan, nak jaga tidur. Saya rasa umpama dapat nyawa kedua dan dapat jantung baharu sekarang ini.
"Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan peluang kedua ini," katanya kepada Gempak.
Pelakon drama 'Jaga Aku Selamanya' ini juga memaklumkan walaupun kini pergerakannya agak terbatas dan lambat, namun dalamannya dapat dirasakan begitu berbeza.
"Saya rasa kebanyakan orang semua sama, bila sakit baru nak jaga pemakanan. Begitu juga dengan saya.
"Selepas dua tahun jaga makan dan minum, saya memang dapat rasakan perbezaan badan kita sendiri. Kalau dahulu rasa sedikit berat, sekarang ini ringan rasa badan. Nak solat pun mudah berbanding dahulu," ujarnya.
Malah, Haerieyanto berkongsi rasa gembira apabila dia kini sudah boleh berjalan seperti biasa.
"Mahu tak mahu saya perlu kuatkan semangat. Saya selalu tanamkan sikap positif bahawa saya boleh berjalan.
"Syukur, saya tidak ambil masa yang lama untuk kembali berjalan. Hanya sebulan sahaja. Cuma bezanya saya berjalan sedikit tempang berbanding dahulu. Apa pun saya gembira diberi lagi kesempatan untuk berjalan," katanya.
Untuk info, dua tahun lalu, Haerieyanto dikejarkan ke Hospital Ampang selepas mengalami strok ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kirinya kaku.
Bagaimanapun, adik iparnya, Dasira Hassan memaklumkan Haeriyanto dirawat di Hospital Ampang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah.
Dia kini masih perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan tetapi tidak perlu lagi menjalani proses fisioterapi.
Must-Watch Video