Netizen Terhibur Tengok Gelagat Rosyam Nor Kipaskan Cucu - “Punyalah Gengster, Tapi…”
Gelagat spontan pelakon versatil tanah air, Datuk Rosyam Nor dan cucunya meraih tumpuan netizen di media sosial.
Tonton perlawanan bola
Menerusi hantaran di TikTok, dapat dilihat aktor filem KL Gangster 2 itu menonton perlawanan bola sepak bersama cucunya di stadium.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rosyam Nor terhadap cucunya.
@lismis_ Malaysia kalah tapi Ifti enjoyyyy ?? #masyaallahtabarakkallah ♬ pluto projector - ☆
Dalam pada itu, ada juga yang terhibur melihat sisi penyayang Rosyam Nor meskipun sering memainkan watak samseng di dalam filem.
“Castello pun kipaskan cucu. Punyalah takut cucu tak selesa,”
“Tai Long dah tak pegang Petaling Street,”
“Gengster macam mana pun, bila cucu panas, kena kipaskan dia,”
“Punyalah gengster, tapi dalam hati ada taman.”
Sekadar info, Datuk Rosyam Nor mendirikan rumah tangga bersama Runika Mohd Yusoff pada 1989.
Pasangan itu dikurniakan lima anak yang kesemuanya perempuan, iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.