Hiburan
“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Menurut Hun, dia lebih tertarik kepada wanita yang pandai memasak dan itu merupakan bonus buat dirinya.
“Bagi saya, kalau wanita itu pandai masak, itu adalah satu bonus untuk saya kerana saya juga seorang yang suka memasak”, katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun kata Hun, dia tidak meletakkan sebarang ciri-ciri yang terperinci asalkan wanita pilihannya itu ikhlas menerima dirinya.
“Saya sebenarnya tidak ada kriteria tertentu dalam pemilihan jodoh. Bagi saya, asalkan wanita itu ikhlas, baik dan dia jujur dengan diri sendiri.
“Itu sahaja lah yang boleh saya katakan”, ujarnya.
Sebelum ini, Hun Haqeem pernah mendedahkan bahawa Daiyan Trisha merupakan ‘celebrity crush' dan mereka pernah digandingan bersama dalam sebuah drama adaptasi dari Korea tahun lepas.