Hiburan
“Saya Pernah Dengar Ada Influencer Bermasalah, Tapi Tidak Mereka Ni" - Tony Eusoff
Pelakon Tony Eusoff bersyukur dia tidak pernah lagi berhadapan dengan pelakon baharu yang bermasalah atau tidak memberikan komitmen yang baik di set penggambaran.
Malah Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 46, juga memuji sikap beberapa pelakon muda yang pernah bekerjasama dengannya seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Meirul Aiman.
“Saya bernasib baik, setakat ini pelakon baharu yang pernah bekerjasama dengan saya, semuanya terbaik contohnya Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Mierul Aiman. Mereka ini antara pelapis yang berjiwa besar dan mereka mengambil berat mengenai kerja mereka.
“Saya juga pernah dengar cerita dari kawan-kawan ada ‘influencer’ yang bermasalah tapi setakat ini saya bernasib baik,” kata Tony kepada Gempak.
Tony ditemui di majlis tahlil dan bacaan yasin sempena ulang tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama pelakon filem Mencari Ramlee di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Segelintir Influencer Tak Ada Asas Lakonan
Tambah Tony, dia memahami keadaan pempengaruh yang baharu berjinak dalam dunia lakonan, jadi tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada mereka.
“Secara logik, kebanyakan ‘influencer’ ini tiada latar belakang berlakon, mereka tiba-tiba jadi pelakon, jadi apabila jadi bidan terjun mereka tidak tahu selok belok.
“Sebenarnya banyak benda teknikal yang kita kena belajar sebelum kita berlakon. Kalau kita tengok televisyen, tengok orang berlakon macam senang sebab yang profesional sahaja boleh menampakkan ia macam senang.
“Sebab mereka mempunyai bertahun-tahun pengalaman, macam orang bersukan berlatih menjadi juara,” ujarnya lagi.
BERITA TRENDING: Video Tak Senonoh Didakwa Tersebar, Tony Eusoff Tampil Beri Kenyataan
Must-Watch Video