Laman Utama

"Kami Adik-Beradik, Buat Apa Nak Gaduh-Gaduh" - Syatilla Melvin

Amri Hassan
11/03/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
"Kami Adik-Beradik, Buat Apa Nak Gaduh-Gaduh" - Syatilla Melvin
Pelakon Syatilla Melvin akui resepi terbaik produk jenama KEKASIH yang diusahakan sejak empat tahun lalu bertitik tolak daripada keberkatan hubungannya bersama adik-beradik.
Kata Tilla, kelainan itu juga menjadikan keunikan yang menyebabkan pengguna setia bersama mereka.
"Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH.
"Macam sekarang kami kerap 'live' di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
"Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
"Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam," katanya.

Episod hitam COVID-19

Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
"Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
"Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula," katanya.

The Melvins paling sempoi

KEKASIH ditunjangi oleh empat pengasas Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26.
Pekat dengan dialek utara mereka dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam berniaga.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Justeru, kata Tilla, KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad sempena hari raya ini.
"Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna 'best selling' yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
"Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
"Dari segi harga pula, satu pek RM19 dan paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar