BERITA
"Kami Berdua Nakal Sama-Sama, Kali Ini Kami Boleh ....." - Ini Pendedahan Zulin Aziz
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengakui bersyukur apabila dapat menunaikan ibadah Umrah bersama rakannya aktres, Puteri Emilia Mohd Hanif pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin berkongsi video ketika berada di Madinah dan menceritakan pengalamannya ketika berada di sana.
"Selepas zohor, kami berangkat ke Mekah. Kalau ada rezeki lagi saya nak datang kesini. Allah, tenang sangat hati. Duduk, tidur di masjid dengan sahabat satu pengalaman yang sangat manis.
"Semoga balik Malaysia kami istiqamah. Saya disini buat ibadah sambil kerja. Nanti nak datang sini saya tak mau kerja. Nak focus ibadah saja.
"Kalau tak, saya terpaksa bahagikan masa. Jadi rugi. Bila luangkan masa di Masjid hati saya tenang sangat.
"Kami berdua nakal sama-sama, kali ini kami boleh mengaji sama-sama, kami pergi masjid sama-sama.
"Dia pegang tangan saya, kami berlari masuk ke Raudhah. Kami solat hajat sama-sama di carpet hijau dalam Raudhah. MashaAllah. Sahabat dunia akhirat," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan perubahan yang berlaku kepada mereka serta mendoakan kesihatan dua orang sahabat ini.
Must-Watch Video