Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kecoh Pula Paris Hilton Hamil Anak Sulung, Betul Ker Tak Ni?

Amri Hassan 28/07/2021 | 11:20 MYT
Pelakon dan penyanyi antarabangsa Paris Hilton menafikan dakwaan dirinya kini hamil anak pertamanya bersama tunang, Carter Reum.
BACA: Paris Hilton Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Besarnya Cincin Lamaran!
Jelas Hilton menerusi akaun Twitternya, dia masih belum hamil dan kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari perkahwinan mereka.
"Bangun pagi tadi mendapat kiriman mesej mengenai saya hamil. Saya mahu memaklumkan kepada semua saya belum hamil lagi.
"Saya sekarang sedang menunggu sehingga berkahwin. Malah, dres perkahwinan saya pun sedang disiapkan... Jadi saya mahu nampak cantik dan menawan nanti," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pewaris rangkaian hotel ternama itu turut memberitahu perkara tersebut melalui segmen 'This is Paris' dalan siaran radio iHeartRadio.
Hilton, 40, dan Reum, 40, telah bertunang pada Februari lalu selepas setahun bercinta.
Memetik laporan media antarabangsa juga sebelum ini, Hilton memilih untuk menjalani rawatan IVF dan merancang mempunyai anak bersama Reum.
Rawatan itu disarankan oleh teman rapatnya, Kim Kardashian.
BACA: Ikut Nasihat Kim Kardashian, Paris Hilton Lakukan IVF
Foto: Dailymail, The Sun, Today in 24
#pelakon #Penyanyi #Viral #Hollywood #Hamil #Paris Hilton #Pregnant #Carter Reum
;