Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

Umirah Halim
01/09/2024
11:25 MYT
Sponsor Banner
Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.

Bersenam di Rawang

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aaameirrr___, lelaki tersebut menyatakan kejadian itu berlaku ketika dia bersama rakannya sedang bersenam di sekitar kawasan itu.

Menurutnya, ketika sedang memanaskan badan sebelum bersenam dia sudah terpijak paku, namun pada waktu itu dia tidak menyangka bahawa paku terbabit sengaja diletakkan di situ.

Bagaimanapun, paku kedua yang tercucuk pada tapak kasutnya menyebabkan dia segera memeriksa jalan terbabit sebelum mendapati terdapat beberapa paku yang sengaja dicucuk di atas jalan raya berkenaan.

@aaameirrr___
Haritu dah masuk berita,senyap berbulan ii sekali jadi lagi ?
♬ original sound - aaameirrr___

“Aku dah kena paku dekat sini, korang nampak ni, dia (si pelaku) potong bawah (kepala paku) dan dia ketuk masuk dalam tar,” katanya.

Dalam video terbabit, memaparkan paku-paku tersebut dicucuk mengikut susunan dengan sengaja di atas jalan raya berkenaan.

Dakwa lelaki itu lagi, kejadian yang sama pernah berlaku di sekitar kawasan terbabit sebelum ini sehingga dilaporkan di dalam berita, namun masih berulang lagi.

BERITA TRENDING: Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka
BERITA TRENDING: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”
BERITA TRENDING: “Abang… Sempat Kalau Nak Kahwin Lain” – Enggan Ikut Permintaan Bakal Isteri, Lelaki Ini Nekad Kahwin Dengan Wanita Kanser Tahap Empat Buat Netizen Sebak
BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

“Tak tahulah siapa yang dengki sangat, dulu dah pernah masuk berita tentang kes ini dekat belah sana, sekarang dekat sini pula,” katanya lagi.

Selain itu, dia turut sempat meminta agar orang ramai yang menggunakan jalan raya terbabit untuk lebih berhati-hati.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh kumpulan penunda kereta (gang towing) atau longkai.

Menurut mereka, perbuatan itu sengaja dilakukan bagi mendapatkan pelanggan yang terpaksa menggunakan perkhidmatan tunda.

“Ni mesti kerja orang towing.

“Mainan towing.

“Kalau tiba-tiba ada geng towing/longkai diorang lah tu,” komen beberapa netizen.

Imbas semula, dalam kes lain pada April lalu seorang pelari bekerja sebagai kontraktor cedera ketika berolahraga di Persiaran Anggun di Rawang gara-gara kejadian paku yang sama.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar