Laman Utama

“Kejap Aku Menangis, Kejap Tersengih” - Hands Down! Ini Episod Paling Sedih & Sweet Projek: Anchor SPM

Hanafis Haris
13/04/2021
03:49 MYT
Sponsor Banner
“Kejap Aku Menangis, Kejap Tersengih” - Hands Down! Ini Episod Paling Sedih & Sweet Projek: Anchor SPM

Episod lima drama premium Projek: Anchor SPM yang ditayangkan semalam boleh disifatkan cukup beremosi.

Secara dasarnya, semalam banyak mengisahkan tentang watak Aizat lakonan Aedy Ashraf.

Menerusi episod berkenaan, penonton akhirnya dapat melihat asal usul Aizat dan mengapa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cukup penting buatnya.

Malah, pastinya ada yang mengalirkan air mata apabila mengetahui Aizat merupakan anak yatim yang mendiami rumah atau pusat perlindungan bayi.

Siapa sangka di sebalik karakter yang happy go lucky Aizat sering digelar anak haram pada usia kecilnya.

Selain itu, menerusi episod ini juga watak Yati yang selama ini menjadi watak misteri akhirnya terungkai.

Apapun, di sebalik kesedihan melanda, penonton juga ‘disajikan’ dengan kisah percintaan antara Aizat dan Aaidaa.

Biarpun pada awalnya berlaku sedikit ketegangan antara mereka, namun hubungan Aizat dan Aaidaa akhirnya mungkin membuatkan ramai tersenyum sipu di rumah.

Tidak hanya Aizat dan Aaida, malah kisah percintaan antara Botol dan Jaja juga dilihat semakin ‘berbunga’.

Sementara itu, menerusi platform Twitter, Projek: Anchor SPM sekali lagi menjadi antara topik paling trending malam semalam.

Rata-ratanya memberi reaksi cukup positif, malah tidak sabar menantikan episod seterusnya.

Jika anda ternanti-nanti apakah yang akan berlaku minggu depan, jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024