Hiburan

Kekal Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh, Siti Nurhaliza Anggap Penghargaan Selari Dengan Usaha Bantu Palestin - “Saya Ada Tanggungjawab Di Sana…”

Asyikin Mayudin
10/10/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Kekal Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh, Siti Nurhaliza Anggap Penghargaan Selari Dengan Usaha Bantu Palestin - “Saya Ada Tanggungjawab Di Sana…”
10 tahun berturut-turut tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas penghargaan itu.

Penghargaan selari dengan usaha

Menurut Siti, penghargaan itu juga selari dengan usahanya dalam membantu rakyat Palestin yang berkait rapat dengan Yayasan Nurjiwa yang diusahakannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K.

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan terharu untuk tersenarai dalam Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Itu satu penghargaan atas apa yang saya lakukan untuk agama juga.

“Walaupun kategori itu untuk anak seni tapi itu juga bersangkut paut dengan Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami talah usahakan sehabis baik untuk mereka di Gaza, Palestin dan rakyat Malaysia juga yang terkesan dengan bencana alam. Saya lebih memikirkan ke arah itu,” kata Siti kepada Gempak.
Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza, di St Giles Boulevard, pada Khamis.

Lebih bersemangat

Tambah penyanyi lagu Cindai ini, dengan pengiktirafan yang dimiliki membuatkan dirinya lebih semangat untuk memikul tanggungjawab terus membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan Malaysia yang memerlukan.

“Saya ada tanggungjawab di sana, saya masih ada anak angkat di sana. Malah, pasukan yayasan kami juga ada di sana untuk agihkan bantuan. “Saya selalu berdoa pasukan saya terselamat dari apa-apa yang berlaku di sana supaya kami dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka,” jelasnya.

Berdasarkan catatan buku yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, Siti turut tersenarai bersama individu berpengaruh seluruh dunia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN:John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"

ARTIKEL BERKAITAN:Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang Kampung...”

ARTIKEL BERKAITAN:VIDEO: “Bonda Ratu Dah Buat, Terpelanting Semua” - Ramai Suka Parodi Geng Marhaban Datuk Siti, Comel Habis!

Selain Siti, penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai dalam pengiktirafan tersebut bagi kategori yang sama untuk mewakili negara Malaysia.
Menerusi hantaran yang tular di platform X, penyanyi lagu Sehebat Matahari itu sudah 10 tahun berturut-turut mengekalkan kedudukannya dalam senarai Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia itu bagi kategori seni dan budaya sejak tahun 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar