Laman Utama

“Kena Merangkak Perlahan-Lahan”- Ditahan Di Hospital, Da'i Asri Merana Sakit Pinggang Gara-Gara…

Syafiqah Jalal
14/06/2021
05:07 MYT
Sponsor Banner
“Kena Merangkak Perlahan-Lahan”- Ditahan Di Hospital, Da'i Asri Merana Sakit Pinggang Gara-Gara…
Pendakwah bebas, Da’i Asri Hijrah mendedahkan dia terpaksa ditahan di hospital pada minggu lalu selepas mengalami sakit pinggang yang teruk pada minggu lalu.
Menurut Da’i Asri semuanya gara-gara dia tersalah cara bangun ketika hendak berdiri.
“Alhamdulillah, keadaan dah semakin beransur pulih. Seminggu lepas, saya ditahan di hospital Shah Alam sekejap sebab sakit yang amat sangat di bahagian pinggang.
“Puncanya, petang tu saya bangun dengan mengejut dan kemudian terus pusing ke belakang,” katanya. Asri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik dirinya yang sedang duduk di kerusi roda.
Menceritakan pengalamannya menanggung sakit itu, Asri memberitahu dia tidak terpaksa merangkak untuk berdiri dan menunaikan solat dalam keadaan duduk.
“Ya Allah, rasa sakit yang amat sangat! Apatah lagi, bila bangun daripada tidur, nak berdiri, nak kena merangkak perlahan -lahan dulu.
“Solat pun kena buat dalam keadaan duduk. Allahu ujian Allah ini. Pasti ada hikmah dan rahmat dari-Nya. Redha dan sabar.
“Syukur pada Allah atas “anugerah” ini . Sebab lebih mengingatkan pada nikmat Allah,” luahnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhan penceramah berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar