Hiburan
“Kena Pandai Cari Sesuatu Yang Boleh Mulakan…” - Jiggy Kongsi Tips Semarakan Rasa Romantik Buat Pasangan Jarak Jauh
Pelakon dan pelawak, Jiggy berpendapat untuk menyemarakkan rasa romantis dalam perhubungan jarak jauh suami isteri adalah dengan mengurangkan penggunaan media sosial.
Bagi Jiggy atau nama sebenarnya, Jiggy Masin,35, sosial media ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perhubungan kekeluargaan.
“Untuk saya nak menyemarakkan rasa romantik kita kena kurangkan life kita dengan sosial media.
“Cause somehow sosial media boleh jadi bagus, boleh jadi tak. Tapi bagi saya kebanyakannya tidak bagus kerana akan ada perbalahan itu dan ini seperti membandingkan pasangan dengan orang lain dan sebagainya.
“Alhamdullilah, Dhabitah bukan orang seperti itu, dia kurang main media sosial. Kami juga jarang buat perkongsian di media sosial. Jadi saya rasa korang kena cuba untuk dapatkan api cinta itu kerana api cinta itu bermula di rumah,” kata Jiggy.
ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Yang Teramat, Jiggy Tak Sabar Nak Jumpa Dhabitah Sabri - “Saya Bawa Diri Untuk Dia, Lain Semua Standby Dekat Rumah”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri, Jiggy Mahu Teruskan Tindakan Undang-Undang - “Benda Itu Sudah Jadi perkara Mengaibkan…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga
Pada masa sama, pelakon drama My Famous Ex-Boyfriend ini juga berpendapat untuk merapatkan hubungan antara suami isteri perlu adanya pergaduhan kerana ia boleh menampakkan kejujuran dalam perhubungan yang dibina bersama.
“Bila call tu janganlah cakap benda-benda manis sahaja, kena pandai cari sesuatu yang boleh mulakan pergaduhan.
“Sebab bila you argue dia menunjukkan anda jujur dalam perhubungan anda, mana mungkin 10,20 atau 30 tahun you akan cakap kita tak pernah bergaduh, bohong,” kata Jiggy.
Atlet terjun negara, Nur Dhabitah juga mengakui bahawa suaminya banyak membantu untuk meneutralkan perasaannya setiap kali membuat panggilan lebih-lebih lagi ketika berjauhan.
Sekadar info, Jiggy telah mendirikan rumah tanggam bersama Dhabitah pada 28 April 2023 dalam sebuah majlis tertutup.
Jiggy juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.