Hiburan
Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"
Sebati dalam dunia pengacaraan dan karakter lucu, Sherry Alhadad mulai menjadi buah mulut warganet menerusi watak Zaiton dalam drama rantaian popular Khunsa yang sedang ditayangkan ketika ini.
Selain watak Zaiton, seorang andartu yang menyimpan hati kepada bapa anak empat, Wan Jusoh, penampilannya turut membantu melonjakkan nama Sherry dalam naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
BERITA TRENDING: Azhar Rani Menyahut Cabaran Melakonkan Watak Dalam Drama Khunsa | #SinggahSet
Bercerita tentang kening nipisnya yang menjadi tanda dagang dalam karya Khunsa, kata Sherry, rupanya itu dijelmakan mengikut latar masa zaman 1970-an.
"Look berbeza kerana cerita ini bermain dengan zaman. Zaiton wujud pada tahun 70an jadi banyak yang kena fikir.
"Bagaimana nak nampakkan look , pakaian dan make up, rambut tahun 70an dan kerana itulah hashtag Zaiton Si Kening Halus muncul.
"Abang Ezad (Shahrulezad) yang kata kening kasi halus sebab wanita-wanita zaman itu kening halus. Jadi kita letak Zaiton kena kening halus, dia lebih pada imej pada zaman itu," kata Sherry.
Melanjutkan bicara tentang wataknya, ujar Sherry, 'Zaiton' berubah apabila bergelut dengan bisikan hatinya sendiri dan memori silamnya.
"Zaiton ini sebenarnya dia seorang wanita yang baik. Dia admire Wan Jusoh (lakonan Azhan Rani) sebab dia rasa Wan Jusoh ni adalah lelaki yang sesuai dijadikan suami.
"Bila Wan Jusoh kehilangan isteri, Zaiton ni sebenarnya ikhlas sayangkan anak-anak Wan Jusoh. Dia rasa ikhlas untuk berkahwin, inilah impiannya.
"Tetapi apa yang membuatkan Zaiton berubah ialah desakan dan benda-benda yang trigger dia. Kena tengok dalam cerita tu..
"Zaiton ini hidup dia susah. Dia ada emosi yang pelbagai, sedih, happy, kecewa & kenapa dia sanggup buat seperti itu kepada Wan Jusoh kerana dia rasa diri dia menjadi mangsa keadaan," cerita Sherry.
BERITA TRENDING: Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"
Sinopsis Khunsa
Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menetukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mula ditayangkan pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingg Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
PILIHAN PEMBACA: Luculah Sherry Selamba Petik Nama The Gadys, Siap Nyanyi Cintaku Sampai Ke Ethiopia
#Viral
#Sherry Alhadad
#Drama
#Solekan
#Azhan Rani
#Farah Ahmad
#Shahrulezad Mohameddin
#Busana
#Budak Ijat
#Khunsa
#Kening Nipis