Viral
“Kentut Saya Mahal” - Nikita Willy Akui Tidak Pernah Kentut Depan Suami Sendiri
Pelakon Indonesia, Nikita Willy mengakui sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah kentut di hadapan suaminya, Indra Priawan.
Dalam satu video pendek daripada podcast yang dimuat naik di akaun Instagram pembasmi.kehaluan.reall, Nikita atau nama sebenarnya, Nikita Purnama Willy, 31, secara terang-terangan mendedahkan bahawa dia akan berlari ke bilik mandi setiap kali ingin kentut.
Katanya, dia berasa malu untuk kentut di hadapan suaminya dan mengakui tidak mahu suaminya mendengar atau menyedari perbuatannya itu.
“Sampai sekarang, suami saya belum pernah dengar kentut saya. Dengar pun tak pernah.
“Bila saya rasa hendak kentut, saya akan berlari ke bilik air untuk melepaskannya.
“Ini sebab kentut saya mahal,” katanya menerusi video podcast tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan Nikita yang tidak kentut di hadapan suaminya kerana bagi mereka, perbuatan itu dianggap kurang sopan walaupun dalam hubungan perkahwinan.
Antara komen yang ditinggalkan adalah: