Sepotong video yang dimuatnaik dalam platform YouTube milik pelakon, penyanyi dan hos Nikita Willy baru-baru ini menjadi bualan peminat.

Hal itu lantaran aksi Nikita yang diketahui sebagai salah seorang bintang Indonesia yang kaya dan sukses dilihat kekok saat melakukan kerja rumah, terutama menyapu.

BERITA TRENDING: Nikita Willy Hamil Selepas Jalani Rawatan Akupuntur

BERITA TRENDING: Suka Masak Menu Barat, Nikita Willy Tak Kenal Lengkuas

BERITA TRENDING: Netizen Rasa Satu Level Dengan Nikita Willy Sebab Sabun Mandi Anak

Menerusi video tersebut, bintang filem Terlalu Tampan itu kekok saat menyapu dan mahu memasukkan sampah ke dalam tempat sampah.

“Ini betul atau tidak caranya (menyapu)?”katanya seperti dilaporkan Insertlive.

Malah isteri kepada Indra Priawan itu tanpa berselindung mengaku dirinya memang kurang cekap melakukan kerja rumah termasuk menyapu.

Salah satu sebab hal itu terjadi lantaran dirinya yang memulakan karier sebagai selebriti sejak kanak-kanak dan sibuk di lokasi.

“Sebenarnya ibu pernah mengajar saya menyapu tapi saya tidak sempat melakukannya kerana sudah sibuk bekerja sejak kecil,” katanya lagi.

Nikita yang berkahwin dengan Indra pada 2020 mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Issa Xander Djokosoetono.

BERITA TRENDING: Nikita Willy Selamat Bersalin Di Hospital Sama Kim Kardashian, Nama Anak Issa Xander

BERITA TRENDING: Menetap Di Amerika, Anak Pertama Nikita Willy Bakal Disambut Doktor Kylie Jenner

BERITA TRENDING: Pernikahan Mewah, Nikita Willy Terima Berlian 9 Karat Dari Anak Tokey Teksi Blue Bird, Indra Priawan

*****

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.